Follow me ;)





Twitter.
Friday, 24 May 2013, ϟ 0 shout(s)

Hi, ya mengapa title nya sebegitu? Marilah membaca luahan hati ku. Marilah.



Twitter? Ya, anda semua kenal dengan laman sosial tersebut.
Ia sangat terkenal sehingga boleh dikatakan 98% rakyat Malaysia mempunyai account Twitter.
Banyak kebaikan dan keburukan yang aku peroleh.
Twitter merupakan laman sosial yang sangat menyeronokkan.
Sangat menyeronokkan hingga aku lalai dan alpa dengan tanggungjawab aku.
Dan kini, aku masih lalai dengan kehebatan Twitter.
Twitter mempunyai segala-galanya.
Mahu mencari kawan baru, lama dan pelbagai lagi.
Juga dapat mengetahui informasi informasi terbaru dari dalam luar dan seluruh negara.
Lihatlah betapa hebatnya Twitter.
Namun terdapat juga keburukannya........
Mengapa Twitter mewujudkan twitlimit?
Mengapa? Aku tidak setuju untuk ini.
Ia juga mengehadkan huruf. Hanya 140 huruf dibenarkan.
Mengapa hanya 140 huruf?
Kini aku tertanya-tanya dan masih terfikir-fikir mengapa 140?
Ada apa dengan 140? Mengapa tidak lebih dan tidak kurang?
Aku masih terfikir mengapa.
Lalu, aku meneruskan permikiran ku hingga twitlimit muncul.
Apa pula kegunaan twitlimit?
Mengapa twitlimit perlu wujud? Mengapa?
Aku berfikiran kewujudan ini agak kurang sopan kerana sedang aku asyik memperhebahkan "apa yang sedang" aku lakukan di Twitter, lalu aku diserang twitlimit.
Aku masih pelik dan sangsi kepada si pembuat Twitter.
Ingin sekali ku berjumpa dengannya dan bertanyakan soalan cepumas ini kepadamu.
Tapi, tidak mengapa.
Aku tahu, aku tak akan jumpa dia dan tidak pernah mengenali dia.
Seperti aku mengenali Mark Zuckerberg, beliau pembuat Facebook.
Ah, pedulikan semuanya.
Dan seterusnya, aku berhenti memikirkan tentang ia.
Aku terus memikirkan tentang kekasih gelapku kembali.
Dan aku kembali ke alam nyata.
Tamat.




Sekian.



new past