Aku rindu.
Thursday, 7 November 2013, ϟ 0 shout(s)
Kau tak pernah ke ada perasaan rindu? Perasaan rindu aku yang selalu muncul untuk diri kau. Tak pernah ke sekali? Kadang kadang aku tertanya tanya. Mungkin dulu waktu kita rapat, kau ada rindu aku tapi kau tak pernah mengaku. Bila aku tanya, kau just jawab "malu nak mengaku, tahu tahu je lah." Ya Allah comelnya. Waktu tu, tiba tiba ada musim bunga pula dalam hati ni. Hihihihihihi.
Aduh, sungguh aku rindu kau yang dulu. Kenapa kau berubah? Aku tertanya tanya lagi. Kenapa kita tak semesra dulu? Ye memang betul org kata, "satu hubungan itu indah pada permulaannya & mula rancak pada pertengahannya & akhirnya berlalu begitu sahaja pada pengakhirannya" I mean, no happy ending. Why must be lidat? Uhmmmmm.
Jujur, aku rindu kau. Aku rindu kau yang peramah macam dulu. Aku rindu kau yang tak pernah berhenti senyum walau apa pun yg berlaku. Aku rindu. Aku rindu semuanya.
Tak apa lah kalau kau tak rindu aku. At least, kau tahu juga aku rindu kau. Kalau kau baca entry ni, anggaplah aku dah luahkan perasaan rindu aku dekat kau ye. Terima kasih.
Bye, selamat bercuti hati hati jaga diri x
new past
